PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak mengaku dia seorang yang cerewet dalam memilih dan menilai skrip sesebuah drama atau filem sebelum menerima sesuatu tawaran.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 32, berkata, dia lebih selesa memilih skrip yang dapat mencabar lakonan dan selari dengan kematangannya sebagai pelakon.
"Perkara ini sangat subjektif kerana sukar untuk saya nyatakan bagaimana skrip yang selalunya saya inginkan.
"Saya mahu skrip yang selari dengan kematangan lakonan saya dan mencabar terutamanya daripada segi penghayatan dan jalan cerita," katanya kepada mStar Online.
Tambah Remy, dia mahu mencuba pelbagai watak dan bukan sekadar watak-watak romantik sahaja.
Sementara itu, Remy yang bakal membawakan watak Iskandar dalam drama aksi Jiwamengakui telah memberikan lakonan yang terbaik kepada drama tersebut.
"Bagi drama Jiwa ini memerlukan saya untuk berusaha keras memberikan yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Faizal Hussein dan Kamal Adli.
"Lagi pulan bukan selalu orang buat drama aksi kerana bajet yang dikeluarkan untuk drama aksi ini tinggi berbanding drama lain, oleh itu saya perlu buat yang terbaik," katanya.
Ujar Remy, untuk drama ini juga, dia terpaksa memastikan badannya berada dalam keadaan yang baik dengan melakukan senaman bagi mendapatkan stamina sebelum ke set penggambaran.
"Jujurnya saya berasa sangat letih dengan drama ini kerana saya perlu latihan dua kali ganda daripada biasa.
"Alhamdulillah penggambaran sudah selesai dan saya ingin berehat dahulu sebelum mengambil mana-mana tawaran lain," katanya.
Drama Jiwa akan disiarkan di slot Aksi pada setiap Rabu pukul 9 malam bermula 5 Februari depan di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: