Friday, January 24, 2014

Robot kawal lalu lintas di bandar Afrika


GAMBAR menunjukkan sebuah lagi robot yang diletakkan di tepi Jalan Huileries, Kinshasa.- AFP


KINSHASA, Congo - Dua buah robot diletakkan di dua buah lokasi di sini bagi membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.
Robot itu masing-masing dilengkapi dengan empat buah kamera yang merakamkan aliran trafik di Bulatan Triomphal dan di Jalan Huileries.
Maklumat rakaman tersebut akan dihantar ke sebuah pusat yang akan menganalisis kesesakan jalan raya tersebut.
Pasukan yang mencipta robot tersebut merupakan sekumpulan jurutera Congo di Institut Teknik Gunaan Kinshasa di sini.
Robot tersebut diperbuat daripada aluminium dan keluli tahan karat.
Ia menggunakan kuasa solar bagi memastikan robot tersebut berfungsi 24 jam sehari.
Seorang pengguna motosikal, Demouto Mutobmo berkata, sejak robot tersebut diletakkan di dua kawasan itu, masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.
Robot tersebut juga memberi arahan kepada para pengguna jalan raya dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Tangan robot itu mempunyai lampu isyarat merah dan hijau.
Kedua-dua tangan tersebut akan digerakkan ke arah kenderaan bagi meminta kereta, lori dan bas berhenti atau bergerak.
Pejalan kaki yang mahu melintasi jalan raya juga mengikut arahan robot tersebut yang diberikan menerusi isyarat lampu hijau yang terdapat pada tangannya.
Kepala robot tersebut juga boleh berpusing-pusing.
Menurut ketua kumpulan pencipta itu, Isaie Therese, robot berkenaan dipakaikan cermin mata supaya ia kelihatan seperti seorang anggota polis.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: