SICAMOUS, Kanada - Seekor itik yang kudung kaki kanan kini mampu berdiri dan berjalan semula selepas dipakaikan kaki bionik.
Sebuah syarikat mencipta kaki palsu bionik menggunakan teknologi percetakan tiga dimensi (3D).
Itik berusia lima bulan itu, Dudley mengalami kecederaan teruk pada bahagian kakinya apabila diserang sekumpulan ayam ketika berada di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini pada Ogos tahun lalu.
Menurut akhbar The Huffington Post, kaki bionik itu direka oleh seorang jurutera mekanikal, Terence Loring menggunakan teknologi percetakan 3D.
Kaki palsu yang diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak itu mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan oleh syarikat Proto3000 di Ontario, Kanada.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: