- Saiful Nizam akan dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman itu.
KOTA BHARU - Pengajaran buat seorang pemuda apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah pecah masuk sebuah sekolah di sini, 16 Januari lalu.
Saiful Nizam Mat Nasir, 22, mengaku salah bersama seorang lagi yang masih bebas, memecah masuk kelas pra sekolah tersebut dan mengambil sebuah televisyen LCD bernilai RM1,600 bersama alat kawalan jauh, pada jam 2.15 pagi.
Dalam kejadian itu, pengadu yang sedang membuat rondaan ternampak cahaya lampu dari dalam sebuah kelas dan bertindak memeriksa kelas tersebut, namun, belum sempat sampai dua lelaki termasuk tertuduh keluar bersama televisyen tersebut.
Menyedari kehadiran pengadu, tertuduh bertindak melarikan diri, bagaimanapun usahanya itu sia-sia apabila dia berjaya ditangkap kira-kira 50 meter selepas dikejar.
Pada prosiding semalam, Majistret, Nik Habri Muhamad berkata, hukuman yang diputuskan bertujuan memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama.
“Semua kesalahan curi dan pecah masuk adalah serius, lebih-lebih lagi mencuri di institusi awam dan harta yang dicuri itu milik orang awam. Saya jatuhkan hukuman agar kamu insaf dan mengambil iktibar dengan kesalahan yang kamu lakukan,” katanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Md Zukri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: