- Gubahan pelanggan yang siap digubah.
TERAP - Suatu ketika dahulu usaha dilakukan seorang suri rumah dalam memperkenalkan perusahaan bunga diperbuat dari daun getah diperlekeh orang ramai.
Bagaimanapun, setelah berhempas pulas dan dibantu oleh Risda, isteri yang juga ibu kepada lima anak itu kini berjaya.
Siti Aishah Abdul Hamid bukan satu nama baru dalam perusahaan bunga yang diperbuat dari daun pokok getah.
Industri yang diceburi lebih 13 tahun itu menjadi punca pendapatan utama setelah permintaan terhadapnya bertambah.
Menurutnya, sebelum ini dia menjalankan aktiviti mengubah bunga di rumah, bagaimanapun setelah mendapati daun kayu getah unik dan mendapat sambutan baik terutama di bandar besar, dia terpaksa mendapatkan bantuan dari Risda untuk memperkembangkan perusahaannya.
“Saya mula diperkenalkan dengan perusahaan ini 13 tahun lalu apabila kerajaan membuka peluang kepada penduduk kampung untuk menghasilkan produk sendiri. Ketika itu, 10 produk diperkenalkan bagaimanapun perusahaan dijalankan kurang sambutan dari mana-mana pihak.
"Akhirnya hanya tinggal saya seorang sahaja yang meneruskan perusahaan ini.
Risda bantu 100 peratus
Menurutnya, masalah utama yang dihadapi adalah modal, di mana dia harus menyediakan tempat khusus bagi menjalankan aktiviti berkenaan.
"Saya terkejut apabila Risda memberikan komitmen 100 peratus untuk membantu menaikkan perusahaan ini,” katanya.
Bermula di ruang tamu rumah akhirnya Risda membina sebuah bengkel bagi membolehkan dia menjalankan aktiviti mengubah bunga secara komersil.
Menurutnya, walaupun permintaan terhadap hasil kerjanya bertambah, dia terpaksa berhadapan dengan masalah dengan pembekal.
Untuk memastikan perusahaan dijalankan itu dapat diteruskan, Siti Aishah menghubungi pembekal daun getah kering di Johor.
Walaupun harga yang dikenakan berlipat kali ganda tetapi dia terpaksa membelinya bagi membolehkan gubahan bunga ditempah pelanggan dapat disiapkan.

“Bukan semua daun getah boleh digunakan. Daun getah akan dipilih bagi mengasingkan kualitinya. Hanya yang terpilih sahaja akan melalui proses pereputan. Semua daun getah akan direndam di dalam air selama dua bulan. Proses ini dilakukan bagi membolehkan daun dan urat daun dapat diasingkan.
"Setelah dicuci daun itu akan direndam semalaman untuk memutihkannya sebelum dikeringkan. Setelah kering, semua daun akan dibawa ke bengkel untuk diwarnakan sebelum digubah menjadi kuntuman bunga,” katanya.
Sabar kunci kejayaan
Sepanjang penglibatannya dalam mengubah bunga melalui daun pokok getah, dia diperkenalkan kepada pelbagai program termasuk di luar negara.
Katanya, permintaan bunga daun pokok getah ini sangat menggalakkan di negeri China ,di mana kesemua bunga yang dibawanya habis terjual dalam tempoh tiga hari.
Sehingga kini, Siti Aishah menjalankan perusahaan ini bersendirian mengikut tempahan yang diperolehnya.
Katanya, untuk berjaya dalam perusahaan gubahan bunga daun pokok getah, seseorang itu harus bersabar selain mempunyai pemikiran yang kreatif bagi mempelbagaikan corak dan gubahan.
“Bagi mereka yang berminat dalam bidang ini boleh berjumpa saya dan saya boleh mengajar mereka teknik dan cara untuk membuatnya.
"Kita jangan takut gagal sekiranya mahu berjaya dalam lapangan yang kita ceburi.
"Segala cacian yang kita terima anggaplah ia sebagai pendorong untuk memberikan kita lebih bersemangat untuk lebih kuat berusaha,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: