Monday, January 27, 2014

Anak derhaka tak mengaku salah



KOTA BHARU – Seorang remaja yang berdepan dengan dua pertuduhan iaitu mencederakan ibu kandung menggunakan sebatang kayu penyapu dan mengaibkan kehormatan wanita itu dengan beraksi lucah menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Sebelum ini, tertuduh Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab. Manan (gambar), 19, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukan terhadap ibunya yang merupakan seorang guru berusia 54 tahun.
Ketika dihadapkan di depan Majistret Nik Habri Muhamad semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu selain dia kemudian didakwa dengan satu lagi pertuduhan baharu iaitu gagal mengemukakan kad pengenalan semasa diminta pihak polis.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: