- Marsha
Bersiaran jam 12 tengah hari, Propaganza juga memperkenalkan seorang lagi hos lelaki, Johan Raja Lawak yang menggantikan tempat pengacara terdahulu, Reza Mohamed.
Penerbit rancangan berkenaan, Wan Atiya Wan Ibrahim berkata, dengan mengambil Johan dan mengubah segmen yang ada, rating rancangan itu semakin meningkat.
“Apa yang pasti pemilihan pasangan baharu iaitu Johan memiliki beberapa kriteria penting dalam menarik perhatian ramai dan sesuai dengan rancangan berkenaan yang bercorak hiburan di hujung minggu,” katanya.
Menurut Wan Atiya, terdapat beberapa tarikan terbaru yang dilakukan dalam musim ke-3 Propaganza kali ini.
“Menariknya bagi musim baharu ini, kedua-dua pengacara melakukan aktiviti-aktiviti menarik sesuai untuk hiburan para penonton dengan paparan keunikan di Klang Valley.
“Menariknya juga pada setiap episod akan ada segmen 'up close and personal' dengan beberapa orang selebriti popular tanah air,” katanya Wan Atiya berkata, ada segmen yang ditukar nama iaitu segmen Apa Cer memaparkan artis lama yang kita ingin tahu perkembangannya.
“Manakala, segmen kegemaran ramai iaitu Stailista masih dikekalkan yang akan dikelolakan oleh Detektif Stailista, Ayie Ali untuk menyiasat fesyen selebriti tanah air, sama ada Stailista atau Opss,” katanya.
Propaganza lebih gamat!
Sementara itu, Marsha yang masih kekal sebagai pengacara Propaganza berkata, dia terharu apabila masih mendapat kepercayaan untuk mengemudi rancangan ini bersama Johan.
“Biarpun bertindak sebagai pengacara program hiburan dan gosip, saya sangat suka melakukan tugas ini.
“Malah di samping Johan pula, saya rasa lebih meriah dan rancangan itu tidak kaku. Saya akan tergelak setiap kali Johan buka mulut,” katanya yang turut berbangga rating program itu meningkat.
Dalam pada itu, Johan yang turut ditemui pada set penggambaran Propaganza turut mengakui dia bukan kaki gosip. Namun, disebabkan rezekinya ada dan dia terima dengan hati terbuka.
Katanya, walaupun dia mengacarakan rancangan gosip itu tidak semestinya mendorong dirinya agar terjebak menjadi pengantara dan bercerita keburukan orang lain kepada masyarakat.
“Saya sebenarnya bukan jenis yang suka bergosip. Jadi bila mengacara Propaganza, saya lepaskan cerita berbentuk gosip begini kepada Marsha.
“Saya tak nak bercerita tentang keburukan orang. Nanti orang akan bercerita tentang keburukan kita pula,” katanya yang hanya menceriakan suasana dalam pengacaraan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: