• Smarty RingSmarty Ring

SEORANG jurutera dari Chennai, India, Ashok Kumar mengilhamkan sebuah peranti berteknologi tinggi dipanggil cincin pintar atau Smarty Ring.

Cincin keluli tahan karat ini boleh dihubungkan pada telefon pintar melalui Bluetooth dengan menggunakan aplikasi khusus.

Kumar berkata, cincin ini dilengkapi skrin LED boleh memberi isyarat terhadap, panggilan telefon, emel, faks dan boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh.

“Ia boleh berhubung dengan peranti Android atau IOS. Kini, anda lebih bebas tanpa perlu memegang telefon sepanjang masa,” katanya, dipetik dari laporan DailyMail.

Menurutnya, jangka hayat cincin ini mampu bertahan 24 jam selepas dicas dan bakal berada di pasaran April tahun depan pada harga 167 pound (RM880).