Friday, December 6, 2013

Air Zamzam Penawar Kandungan Linda Hashim


Linda Hashim
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim mengamalkan petua meminum air zamzam pada setiap hari yang diibaratnya sebagai penawar untuk menjaga kandungann sejak disahkan mengandung pada Julai lalu.
Linda, 29, berkata, keinginan tersebut membuatkan suaminya yang juga pelakon Beego terpaksa menempah dua botol masing-masing beratnya 10 liter air zamzam pada setiap bulan.
"Sejak mengandung hanya air zamzam sahaja yang mampu buat saya hilang dahaga. Biarpun rasa air zamzam agak payau namun saya rasa puas selepas meminumnya.
"Oleh kerana agak sukar untuk ditemui, Beego sudah buat tempahan setiap bulan di sebuah kedai iaitu dua botol air yang mana setiap botol kandungannya ialah 10 liter," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Selain itu, Linda berkata, dia lebih gemar mengambil buah-buahan dan kismis bagi menjaga kandungan yang kini sudah berusia lima bulan.
Beego dan Linda
Linda juga bersyukur biarpun pertama kali melalui pengalaman mengandung dia tidak menghadapi banyak masalah atau sebarang alahan seperti sesetengah wanita lain malah masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.
"Alhamdulillah, semuanya saya jalani dengan mudah ketika mengandung. Tiada banyak ragam atau alahan. Semua makanan boleh saya makan. Hanya Beego sahaja yang susah hati melihat keadaan saya dan terlalu mengambil berat soal pemakanan saya.
"Dia tidak benarkan saya makan makanan ringan dan yang berasa masam," katanya.
Sementara itu, Linda berkata, dia belum melakukan sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi kerana masih terlalu awal.
Katanya, kawan-kawan rapat dia turut teruja untuk membelikan barang-barang keperluan bayi yang bakal lahir itu.
Ditanya tentang kandungan tersebut, kata Linda, imbasan pertama yang dilakukan oleh doktor mendapati jantina bayinya adalah perempuan.
"Kawan-kawan saya meneka bayi ini lelaki selepas melihat kepada pembesaran perut saya, tapi melalui imbasan pertama, doktor kata ia perempuan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: