Ramli
memberitahu beliau mendapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa kriteria
sehingga menjadi penyebab mengapa penyanyi veteran itu terpaksa
digugurkan daripada mempersembahkan lagu milik Yuna berjudul Terukir Di
Bintang pada Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) yang berlangsung pada 6
Januari lalu. Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS yang diberi tanggungjawab memimpin persembahan pada malam berkenaan sebagai Pengarah Muzik.
“Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.
“Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku.
Uji sebelum ini mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramaiBeliau diminta menjelaskan kemelut Uji Rashid dan TV3 yang masih belum reda apabila penyanyi itu kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi pihak Yuna yang ketika itu berada di Amerika Syarikat atas urusan album.
Pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat. Lagu berkenaan akirnya diumumkan sebgai Juara Lagu AJL27.
Uji sebelum ini mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.
Malah stesen itu juga dikatakan bersikap kurang sopan kerana masih tidak memohon maaf terhadap perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yangturut kesal dengan kejadian itu.
Ramli memberitahu berdasarkan kepada penelitiannya terhadap ketidakupayaan Uji untuk membuat persembahan itu, beliau telah memberi nasihat kepada pihak TV3 untuk diputuskan.
Ahmad
Izham dalam reaksinya berkata, pengguguraan Uji dibuat dengan cara
berhemah apabila pihaknya memanggil penyanyi itu untuk memaklumkan
keputusan berkenaan.Sementara itu Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam reaksinya menerusi rancangan hiburan itu berkata, pengguguraan Uji dibuat dengan cara berhemah apabilapihaknya memanggil penyanyi itu untuk memaklumkan keputusan berkenaan.
Katanya, satu perbincangan telah diadakan di dalam sebuah bilik yag dihadiri oleh beberapa pihak dan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Yuna sendiri.
“Kami telah panggil dia (Uji) di dalam bilik dan kami jelaskan kepadanya beberapa perkara termasuklah sebab-sebab keputusanmenggugurkannya dibuat,” ujarnya.
TU LA, ORG SUKA SANGAT BERCAKAP TANPA MENUNGGU PENJELASAN DARI KEDUA PIHAK TERLEBIH DAHULU.. JADINYA, HURU HARA LAH PERKARA YANG TAK PASTI..
ReplyDelete