Thursday, January 24, 2013

'Shahwadi Coture' Guna Fesyen Angkat Imej Artis


Salah satu contoh fesyen terkini di Shahwadi Coture.
PETALING JAYA: Ketika banyak butik pakaian bersaing dalam menaja selebriti tempatan menghadiri majlis-majlis penting, Shahwadi Habshah Couture turut memainkan peranan serupa dalam usaha mengangkat taraf golongan selebriti melalui fesyen.
Pengusahanya Shawadi Juwal, 27, berkata, perkara itu penting kerana busana yang digayakan oleh seseorang artis itu akan dinilai oleh khalayak khususnya bagi mereka yang meminati dunia fesyen.
Dalam masa yang sama katanya, ia menggalakkan idea-idea baru terhadap karya-karya yang berbeza, kreatif dan lebih menarik.
“Saya percaya fesyen yang digayakan oleh seseorang artis itu mampu menaikkan jenama sesebuah butik selain menggalakkan persaingan sihat terhadap industri fesyen melibatkan selebriti di negara ini,” katanya kepada mStar Online.
Walaupun Shahwadie Habshah Couture tidak sehebat jenama butik lain ketika ini namun kata Shawadi sudah ramai artis tempatan telah mencuba pakaian rekaannya untuk diperagakan seperti Alyah, Marsha, Salamiah Hassan, Jaclyn Victor dan juga artis 80-an iaitu Azie.
Sebahagian daripada rakan selebriti yang menghadiri pembukaan Shahwadi Coture pada 18 Januari lalu.
Jelasnya, antara keunikan busana di butik tersebut ialah sentuhan rakan kongsinya iaitu Fendy yang berpengalaman luas dalam menghasilkan fesyen lebih “up to date” dan eksklusif.
Ia turut menggabungkan material berkualiti yang diimport dari luar negara seperti China, India, Perancis dan juga Jerman selain menekankan konsep kilauan batu “swarovski” pada busana yang dihasilkan.
Malah lebih mustahak sentuhan di butik ini hanya menekankan kepada gabungan dua warna berbeza berbanding sesetengah pakaian lain yang menekankan corak warna pelbagai atau “colour full.”
“Kami menggabungkan dua warna sahaja dalam setiap rekaan. Kami tak mahu nampak terlalu “colour full” kerana pada tahun 2013 ini, konsep dua warna dilihat akan lebih elegan,” katanya.
Tambah beliau, selain menyediakan pakaian yang sudah lengkap, butik berkenaan turut berperanan sebagai konsultan kepada mana-mana individu termasuk artis-artis tempatan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat fesyen yang diinginkan.
Shahwadi (kiri) bersama rakan kongsinya Fendy.
Katanya, sesuai dengan pelbagai acara hiburan yang akan berlangsung pada tahun ini, pelbagai idea telah diterapkan bagi membolehkan para selebriti yang inginkan tajaan menjadi lebih yakin untuk hadir sebagai tetamu dalam sesebuah majlis.
Jelas Shahwadi lagi, butiknya yang dibuka sejak November tahun lalu turut giat menghasilkan pelbagai jenis corak pakaian sebagai persediaan untuk dipertontonkan di pentas peragaan pertengahan tahun ini.
“Kami akan hasilkan kira-kira 50 rekaan berbeza untuk digayakan dalam satu majlis pertunjukan fesyen yang dijangka berlangsung pada Jun nanti,” jelasnya.
Individu yang berminat untuk melihat sendiri rekaan-rekaan terbaharu dari Shahwadie Habshah Couture bolehlah melayari Faceebook/Shahwadi atau berkunjung ke lokasinya yang terletak di No. 78, Jalan PJS 5/30, Petaling Jaya Commercial City (PJCC), Taman Datuk Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Telefon: 017-2110350

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: