Thursday, January 24, 2013

Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain

SEORANG anggota polis mengira bungkusan-bungkusan mengandungi kokain yang dirampas di pelabuhan Cartagena, Colombia kelmarin.


BOGOTA - Polis Colombia merampas 3.8 tan dadah jenis kokain di dalam beberapa buah kontena yang menuju ke Mexico kelmarin.
Pengarah Polis Nasional, Jose Roberto Leon menganggarkan rampasan tersebut bernilai AS$95 juta (RM288.2 juta) di pasaran gelap di Amerika Syarikat yang menjadi pasaran utama kokain dari Colombia.
Semua kontena itu yang dilabel mengandungi gliserin untuk kegunaan farmaseutikal akan dihantar dengan kapal dari pelabuhan Cartagena de Indias di Colombia menuju ke bandar Veracruz di Mexico.
Polis menyiasat kontena-kontena itu selepas mendapati butiran pada dokumen eksportnya menimbulkan keraguan.
Menurut pihak berkuasa, semua dadah itu dihantar oleh sindiket dadah tempatan, Los Urabenos yang mempunyai hubungan dengan kartel dadah Mexico, Los Zetas.
Pada bulan lalu pihak berkuasa Colombia telah merampas kokain seberat 2.3 tan dalam dua serbuan juga di pelabuhan Cartagena.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: