Wednesday, January 16, 2013

Kutip barang lusuh untuk hidup


SITI JARIAH (kanan) menunjukkan antara barangan lusuh yang dikutip untuk dijual bagi menyara tiga anaknya ketika ditemui di rumahnya di Flat Sri Stulang, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Setiap hari, penduduk di Flat Sri Stulang dan sekitar Permas Jaya dekat sini melihat kelibat Siti Jariah Yusuf, 57, mengayuh basikal mencari barangan lusuh.
Kata Siti Jariah, sejak ditinggalkan suaminya sejak enam tahun lalu, dia melakukan pekerjaan itu demi menyara tiga anaknya yang salah seorang daripada mereka berpenyakit mental selepas terbabit kemalangan beberapa tahun lalu.
Dia kini bimbang kerana pendapatannya terjejas ekoran penyakit asmanya yang teruk hingga dia tidak mampu berjalan jauh mencari barangan lusuh.
“Jika sihat, saya mampu menjual botol terpakai, tin dan surat khabar dengan pendapatan RM200 sebulan. Jika tidak, saya hanya dapat sekitar RM90 sahaja,” katanya di sini semalam.
Tinjauan di rumahnya mendapati, bukan sahaja tidak dihiasi dengan perabot, malah sebuah bilik di kediaman itu dijadikan stor menyimpan barangan lusuh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: