Friday, January 25, 2013
Hukum berimamkan orang solat sunat
DALAM solat, bolehkah orang yang mengerjakan solat sunat, menjadi imam kepada orang yang ingin solat fardu?
Contoh: Setibanya saya di masjid, saya dapati imam telah habis mengerjakan solat fardu, dalam masa yang sama saya dapati ada seorang makmum sedang mengerjakan solat bakdiah, bolehkah saya menjadikan dia imam untuk solat fardu yang akan saya lakukan?
JAWAPAN:
Hukum makmum yang solat fardu berimamkan orang yang solat sunat adalah sah dan harus hukumnya walaupun berlainan niatnya, asalkan masih sama kaifiatnya iaitu caranya tetapi jika kaifiatnya atau caranya berbeza maka tidak sah.
Sebagai contoh: Seseorang ingin mengerjakan solat fardu dan ingin berimamkan seseorang yang sedang solat jenazah, maka jelas perlakuan solatnya berlainan, sudah tentu pelik, bukan?
Si makmum ingin rukuk sedangkan si imam tiada rukuk dan tiada sujud, maka jelaslah tidak sah jika orang yang solat fardu ingin berimamkannya.
Walaupun begitu, jika ingin berimamkan orang yang sedang solat sunat tahiyatul masjid atau solat-solat sunat yang biasa adalah sah kerana caranya sama. Wallahu a'lam. Semoga Allah menerima amalan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: