Wednesday, January 16, 2013

Armstrong mengaku guna dadah


GAMBAR fail menunjukkan Armstrong (tengah) mewakili pasukan Radio Shack pada satu pertandingan lumba basikal di Adelaide, Australia pada 15 Januari 2011.


AUSTIN, Texas - Pelumba basikal terkenal Amerika Syarikat (AS), Lance Armstrong, akhirnya mengaku menggunakan dadah terlarang untuk memenangi pertandingan Tour de France.
Sebelum ini dia berulang kali menafikan menggunakan dadah.
Armstrong membuat pengakuan itu semasa diwawancara oleh Oprah Winfrey yang dirakamkan pada Isnin lalu dan akan disiarkan esok.
Winfrey dalam akaun Twitter miliknya berkata: "Baru selesai bersama @lancearmstrong lebih dua setengah jam. Dia datang dalam keadaan bersedia."
Armstrong, 41, dilucutkan tujuh kejuaraan Tour de France miliknya selepas dia didapati menggunakan dadah yang terlarang.
Dia memenangi Tour de France pada tahun 1999 sehingga 2005.
Armstrong juga telah digantung seumur hidup dalam sukan berkenaan selepas Agensi Antidadah AS menuduhnya mengetuai skim pengambilan dadah.
Nilai pelumba sukan semasa dia aktif berlumba ialah AS$100 juta (RM301 juta).
Ekoran pengakuan itu, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa semalam meminta Armstrong memberi bukti tentang penggunaan dadah itu.
Kerajaan negeri Australia Selatan juga menyatakan akan meminta ganti rugi daripada Armstrong ekoran pengakuannya tentang pengambilan dadah.
Pelumba itu pernah menyertai pertandingan lumba basikal di negeri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: