
ANGGOTA Bahagian Penapisan Filem dan
Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri merampas DVD pelbagai tajuk
tanpa sijil perakuan B di sebuah pusat beli-belah di Kuantan semalam.
KUANTAN - Sebanyak 10,000 keping cakera video digital (DVD) tidak bertapis bernilai lebih RM81,000 dirampas dalam serbuan di beberapa premis di sebuah pusat beli-belah di sini kelmarin.
Dalam Ops Cantas 2 yang dijalankan oleh Bahagian Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri itu mendapati, premis-premis terlibat masih berdegil menjual DVD berkenaan walaupun pernah diserbu sebelum ini.
Penyelaras Ops Cantas 2 yang juga Setiausaha Bahagian, Razak Drahman berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati premis terlibat menjual DVD pelbagai tajuk tanpa sijil perakuan B.
"Kita menahan lapan jurujual iaitu enam wanita dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang merupakan jurujual di premis berkenaan bagi membantu siasatan.
"Ini berikutan premis berkenaan pernah diserbu atas kesalahan sama pada tahun lalu tetapi masih berdegil dengan meneruskan perniagaan," katanya di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: