|
|
SETELAH mengambil keputusan untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia lakonan, aktres Zaskia Adya Mecca kini kembali sibuk setelah membuka sebuah perniagaan menjual pakaian.
Membuka sebuah butik yang diberi nama Muse 101 dan terletak di FX Plaza Lantai 3, Senayan, Jakarta Selatan, aktres berkenaan dikatakan telah menghasilkan sendiri kebanyakan pakaian yang dijualnya itu.
"Sebelum ini ramai peminat yang bertanya tentang aktiviti yang saya lakukan setelah tidak berlakon.
Kini, perniagaan adalah bidang baharu yang saya ceburi dan turut dibantu oleh kakak.
"Malah, pembabitan saya dalam perniagaan juga turut disokong sepenuhnya oleh suami. Lagipun segala modal untuk memulakan perniagaan ini adalah wang daripadanya sendiri," ujar isteri kepada Hanung itu.
Walaupun mulai sibuk dengan perniagaan dan tidak berlakon, tetapi ia langsung tidak menghalangnya untuk melakukan kerja-kerja di belakang tabir dan kini dia sedang dalam proses untuk menerbitkan sebuah filem.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: