|
|
KETIKA ini peminat fanatik kumpulan Spice Girls pastinya boleh bergembira apabila salah seorang ahli kumpulan berkenaan, Melaine Brown mengumumkan kumpulan tersebut akan kembali bergabung semula.
Bagaimanapun, gabungan tersebut ternyata telah berhadapan dengan kesukaran apabila Victoria Beckham atau Posh dikatakan tidak dapat untuk menyertai ahli kumpulan yang lain. Selain Melanie Brown dan Victoria Beckham, tiga lagi anggota Spice Girls terdiri daripada Geri Halliwell, Emma Bunton dan Melanie Chisholm.
Namun begitu, penolakan berkenaan untuk bergabung serta mengadakan sebuah konsert adalah disebabkan kesibukan isteri kepada pemain bola sepak popular, David Beckham menjalankan perniagaan serta menguruskan empat orang anaknya.
"Boleh dikatakan gabungan yang mahu dilakukan ini tidaklah seperti yang diharapkan apabila Posh menyatakan dia sangat sibuk. Walaupun pada mulanya dia agak berminat, tetapi risau sekiranya tidak mampu memberi komitmen yang diharapkan.
"Seperti yang diketahui perniagaan fesyennya sedang berkembang, namun dia tidak memiliki kakitangan yang mencukupi. Malah, kalau ada waktu terluang dia akan habiskan masa bersama anak-anaknya," jelas sumber terdekat penyanyi tersebut kepada akhbar Mirror UK.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: