
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memupuk minat orang ramai mengunjungi gimnasium untuk melakukan senaman.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau percaya bagi membina generasi yang lebih sihat, masyarakat perlu mewujudkan 'budaya pergi ke gimnasium'.
"Rakyat di negara ini harus menyedari kepentingan gimnasium sebagai tempat untuk melakukan aktiviti senaman.
"Jika di Eropah, setiap fasiliti memiliki gimnasium selain makmal komputer. Mereka bukan sahaja mengamalkan gaya hidup sihat tetapi membentuk sebuah masyarakat yang lebih berkualiti," katanya pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran KBS di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam.
Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu dan Datuk Razali Ibrahim serta Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: