Friday, February 10, 2012

Sindiket ekstasi RM9.2 juta tumpas


MOHD. SHUKRI (kiri) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas di Malim Nawar di Ipoh semalam.


IPOH - Satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis pil ekstasi dipercayai antara yang terbesar di Lembah Kinta tumpas dalam serbuan polis di Malim Nawar, Kampar dekat sini pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Taman Malim Permai, Malim Nawar itu pihaknya berjaya merampas dadah bernilai hampir RM9.2 juta.

"Sebanyak 46.2 kilogram serbuk disyaki ekstasi yang mampu menghasilkan 462,000 pil dadah jenis sama berjaya dirampas.

"Seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai anggota sindiket yang bersendirian di dalam rumah itu semasa serbuan turut diberkas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: