Wednesday, February 15, 2012

Rumah mendap

MENDAP...ruang hadapan sebuah rumah yang mendap di Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, Shah Alam.
MENDAP...ruang hadapan sebuah rumah yang mendap di Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM: Tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7 berhampiran i-City, di sini, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berlaku tanah mendap, awal pagi kelmarin.

Kejadian tanah mendap jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat rosak dan ruang hadapan beberapa rumah penduduk mendap selain digenangi air.


Ahli Jawatankuasa Persatuan penduduk taman berkenaan, Zain Wahinuddin Idris, 55, berkata kejadian itu menyebabkan mereka hidup kebimbangan apabila struktur bahagian belakang dan hadapan rumah mendap lebih kurang tiga kaki selepas hujan lebat itu.

“Saya dan beberapa penduduk sudah membuat aduan mengenai kejadian tanah mendap di rumah kami sejak 2006 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun tiada tindakan diambil.


“Malah, saya turut membuat laporan kepada pelbagai pihak seperti Jabatan Kerja raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), namun mereka seolah-olah memandang sepi masalah ini.


“Saya sangat sedih apabila kejadian ini menjadi semakin teruk seperti apa yang berlaku awal pagi tadi (semalam) kerana bukan saja membabitkan harta benda, malah mengancam nyawa kami. Apabila berlaku dentuman kami keluar kerana bimbang rumah runtuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Zain berkata, ada sebahagian penduduk yang berpindah sementara kerana bimbang kejadian itu bertambah buruk.


Dia berkata, rumah teres dua tingkat itu dibina pada 2002 dan siap sepenuhnya pada Disember 2005 sebelum dijual dengan harga RM250,000.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro petang semalam mendapati sebahagian ruang hadapan rumah beberapa penduduk di situ mendap selain arus deras akibat hujan lebat menyebabkan berlaku hakisan di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: