Sunday, February 12, 2012

Romantikdi Cosy Place




DIBINA dengan reka bentuk bangunan Eropah, atmosfera serba putih dengan cahaya lampu kuning yang menghiasi ruang dalam restoran ini ternyata menimbulkan suasana yang sungguh romantik.

Dijamu dengan masakan seperti stik yang dihias indah ala hidangan hotel, Restoran Cosy Place pastinya menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan suasana romantik dan tenang sambil menikmati juadah menyelerakan.

Itulah yang diilhamkan oleh pemiliknya, Peter How ketika membuka restoran itu tiga tahun lalu. Dia mahu mewujudkan sebuah restoran eksklusif tetapi menawarkan harga berpatutan dan sesuai untuk perjumpaan keluarga mahupun kekasih.

"Restoran Cosy Place ini berkonsepkan sebuah restoran ala coffee-house di hotel-hotel yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan dalam suasana yang nyaman dan selesa.

"Kami mengutamakan keselesaan pelanggan justeru suasananya tenang dan tidak sesak manakala pelbagai kemudahan seperti surau turut disediakan," kata How yang turut menegaskan restorannya diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terletak di Wangsa Maju, restoran yang turut mengetengahkan suasana dalam taman ini menyediakan pelbagai pilihan menu daripada masakan Barat, Melayu, Cina dan pelbagai lagi.

Antara masakan yang menjadi pilihan pengunjung, stik tulang rusuk lembu, stik daging batang pinang Australia, ayam goreng rangup dengan telur masin, udang mentega rangup dengan daun kari dan Chicken Chop Hainan.

Menurut How, stik tulang rusuk lembu menjadi pilihan utama pelanggannya kerana cara pembuatannya yang istimewa iaitu dimasak secara perlahan selama empat jam dengan rempah-ratus .

Sebab itu pelanggan yang mahu merasa hidangan istimewa itu perlu menempah dengan menelefon restoran terlebih dahulu.

Pelanggan turut disajikan dengan pelbagai pemanis mulut buatan sendiri seperti Ice Cream Brownies, Tiramisu, Banana Cheese Cake dan Black Forest.

Bersempena dengan Hari Kekasih pada Selasa ini, Restoran Cosy Place mengadakan promosi istimewa kepada pelanggan iaitu set Valentine pada harga RM28 sahaja untuk seorang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: