Monday, February 20, 2012

Renee warisi kecantikan ibu

MODEL... Renee dah mula lakar nama.
MODEL... Renee dah mula lakar nama.

SEBAGAI anak kepada seorang wanita tabah, supermodel Rachel Hunter, ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan melihat Renee Stewart mewarisi kecantikan ibunya.

Remaja berusia 18 tahun, berambut perang kini juga seorang model, membuatkan ramai yang memandangnya, ketika dia bersama bapa dan ibu tirinya, Penny Lancaster bersama dua anak lelaki mereka, Alastair dan Aidan di Sydney, Australia baru-baru ini.

  • Foto

    SEORANG IBU... Penny memakai pakaian sama warna dengan anak bongsunya, Aidan.

  • Foto

    APA YANG LAWAK?... Penny ketawa mendengar cerita Rod ketika mereka berdua makan di kafe Searock Fish.

Renee yang baru menempa nama di dalam industri model, jarang dilihat bersama ayahnya, tetapi nampaknya gadis itu gembira dapat meluangkan masa bersama ayahnya, seorang rocker tua yang berasal dari Australia itu.

Walaupun tidak bersolek dan membiarkan rambutnya tidak diikat, jelas kelihatan Renee mempunyai kecantikan asli.


Dia turut menayangkan bentuk tubuhnya yang cantik itu, yang diwarisi daripada ibunya yang berketinggian 5kaki 11inci, dengan mengenakan sepasang seluar jeans

ketat dan kemeja- T tanpa lengan putih.

Namun begitu, Renee yang bersama ibunya di dalam iklan syampu rambut Pantene Australia tahun lalu, nampaknya mempunyai pesaing dalam fesyen daripada isteri ayahnya, Penny yang menayangkan sepasang kaki yang panjang dengan mengenakan seluar pendek hitam dan baju dan kardigan warna merah.

Wanita jelita berambut kuning kelihatan cantik ketika menghabiskan masa bersama suaminya di Australia, walaupun baru-baru ini dia pernah berkata untuk menunggu Aiden berusia tujuh bulan baru dia akan berusaha untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sebelum dia mengandung.

“Saya tidak pernah bermimpi untuk mengenakan pakaian renang waktu itu, apatah lagi membiarkan jurugambar mengambil gambar saya dengan pakaian renang,” katanya kepada Mirror.

“Tubuh saya tidak menarik akibat mengandung dan selepas mengandung. Tetapi saya terpaksa mengaku, apabila saya lihat tubuh saya di cermin, saya rasa, “Taklah teruk sangat tubuh saya walaupun sudah mempunyai dua orang anak dan berusia 40 tahun!””

Penny menguruskan Aidan ketika makan bersama keluarga di Kafe Searock Fish
di Circular Quay di Sydney.

Model berusia 40 tahun yang dilahirkan di Essex itu melalui proses rawatan “in-vitro fertilisation” sebelum melahirkan Aidan, Februari tahun lalu.

Dia turut memberitahu Lorraine Kelly bulan lalu, yang dia dan Rod mempunyai anak kedua kerana anak lelaki mereka yang berusia enam tahun, Alastair memujuk mereka.

“Alaistair yang asyik menggalakkan kami mencuba, dia berkata, “Tolong mak, saya mahukan seorang adik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: