Puteri sasar RM200,000 sebulan

Bercerita mengenai produk kecantikan dan penjagaan diri, pasti tumpuan utama adalah golongan wanita. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa wanita sanggup membelanjakan hingga ribuan ringgit bagi memastikan penampilan diri sentiasa menarik.

Antara produk penjagaan diri yang sering dikaitkan dengan wanita termasuk minuman kolagen, pelangsingan badan, alat kosmetik dan sebagainya. Dapat dilihat juga kelahiran pelbagai produk seperti ini tumbuh melata di pasaran.

Kelahiran produk sulung, Puteri Sofea

Atas faktor ini, syarikat 100 peratus milik Bumiputera iaitu World Of Sifu memperkenalkan jenama Puteri.Biz tampil merebut peluang memperkenalkan produk pertamanya, Puteri Sofea iaitu minuman kolagen dengan rasa delima dan campuran bahan premium lain yang sememangnya baik untuk kesihatan dalaman wanita.

Pengarah Pemasarannya, Azura Abdul Aziz berkata, antara faktor mengapa dia memilih menghasilkan minuman kolagen adalah ke­rana ramai yang telah sedia maklum kebaikan minuman ini.

“Tidak keterlaluan untuk mengatakan minuman ini bukan sekadar kolagen, tetapi kaya dengan bahan baik untuk kesihatan dalaman seperti kolagen marin, glutathione dan astaxanthin.

“Selain itu, minuman itu juga baik kerana tidak menggunakan gula, sebaliknya menggantikan dengan stavia,” katanya memberitahu Puteri.Biz melaburkan RM100,000 untuk tu­juan kajian dan penyelidikan selama setahun.

Pengguna yang ingin mencuba produk ini boleh mendapatkannya daripada stokis dan pengedar pada harga RM120 sekotak yang me­ngandungi 14 peket di dalamnya.

Lebih 5,000 kotak telah dijual

Sejak mula dipasarkan pada 17 November tahun lalu, Puteri Sofea telah dijual lebih 5,000 kotak di selu­ruh Malaysia dan jumlah itu dilihat terus meningkat berikutan sambutan menggalakkan dan testimonial positif yang diterima daripada pengguna.

Sehingga kini, Puteri.Biz mempunyai 35 stokis di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta giat menambah stokis kawasan, daerah dan negeri.

Katanya, hanya dengan modal serendah RM450, sesiapa sahaja boleh menjadi stokis Puteri.Biz. Keuntungan yang diberikan kepada stokis dan pengedar mencecah sehingga 50 peratus.

Tawar peluang berniaga dari rumah

Selain menawarkan minuman untuk kesihatan tubuh badan, Puteri.Biz turut menyediakan peluang berniaga dari rumah kepada ahlinya dengan cara melakukan promosi produk Puteri Sofea di Internet, tanpa melibatkan modal besar.

Azura berkata, Puteri.Biz juga menyediakan bengkel untuk ahli Puteri.Biz dan mereka berpeluang mendapat diskaun untuk perkhidmatan spa dan pusat rawatan kecantikan terpilih.

“Kami cuba melakukan pelbagai aktiviti keusahawanan yang melibatkan wanita seperti ibu tunggal dalam membantu menjana pendapatan keluarga mereka. Antara aktiviti yang dirancang termasuk kursus bersolek dan banyak lagi.

“Walaupun fokus utama kami adalah golongan wanita, dan minuman ini khusus untuk wanita, tetapi perniagaan dari rumah tersebut boleh juga dilakukan golongan lelaki,” katanya juga memberitahu Puteri.Biz akan memberikan latihan percuma kepada ahli dan stokis untuk memajukan perniagaan yang diceburi.

Pertandingan Mencari Puteri

Sebagai usaha mempromosikan lagi produk Puteri Sofea ini, Puteri.Biz telah melancarkan sebuah pertandingan Mencari Puteri pertengahan Januari lalu. Pengguna hanya perlu bergambar secara kreatif bersama kotak Puteri Sofea dan berpeluang menjadi duta Puteri.biz.

Berdasarkan gambar tersebut, orang ramai boleh membuat undian di laman sosial Facebook Puteri.Biz dan undian yang paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang.

Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan untuk produk seterusnya, nama serta gambar pada pembungkusan produk itu akan menggunakan nama serta wajah pemenang.

“Sesiapa sahaja boleh menyertai pertandingan ini. Untuk Pertan-dingan Mencari Puteri sesi pertama, penyertaan telah mula dibuka dan akan berlangsung sehingga sepanjang tahun 2012,” katanya.

Rancangan jangka masa panjang

Bagi mengukuhkan lagi jenama Puteri.Biz tahun ini, Azura menambah, Puteri.Biz telah memperuntukkan RM30,000 sebulan untuk tujuan promosi melalui media elektronik dan media cetak selain akan menyertai karnival.

“Untuk tahun 2012, kami akan lebih fokus dalam mengukuhkan jenama Puteri.Biz dan berhasrat untuk menjadikan portal kami sebagai salah satu platform untuk wanita memenuhi masa terluang de­ngan pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Selain itu, kami juga akan me­ngeluarkan produk baru setiap dua bulan, dan produk seterusnya yang akan diperkenalkan ialah minuman fiber, serta minuman pelangsingan badan. Malah, kami juga akan me­ngeluarkan produk untuk kanak-kanak dan golongan lelaki pada masa akan datang,” katanya.

Dengan strategi pemasaran yang telah direncanakan, Azura menyasarkan peningkatan jualan RM200,000 sebulan tahun ini dan yakin ia akan dicapai melalui jualan secara terus menerusi pengedar dan stokis serta jualan atas talian.

Menurutnya, Puteri.Biz juga sedang dalam perbincangan bersama stokis dari Singapura dan Brunei dan akan memasuki pasaran negara itu dalam tahun ini.