|
|
KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sehingga 10 April ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, proses pemutihan yang dijadualkan tamat semalam dilanjutkan ekoran rayuan pihak majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil.
“Proses pemutihan yang dilaksanakan secara pentadbiran sejak 11 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir hari ini (semalam) akan diteruskan sehingga 10 April 2012.
“Keputusan dibuat selepas menimbang permohonan supaya tarikh itu dilanjutkan untuk membolehkan majikan menyediakan dokumen diperlukan seperti pasport perjalanan PATI yang perlu diproses di pejabat kedutaan negara asing,” katanya melalui satu kenyataan akhbar semalam.
Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran dilaksanakan untuk mendapatkan anggaran jumlah PATI selain mengumpul maklumat peribadi dan data biometrik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: