LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Kate Middleton dan adiknya Pippa mengatasi populariti Lady Gaga dalam arena fesyen antarabangsa.
Kate yang merupakan isteri pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan memakai gelaran rasmi Duchess of Cambridge, mengungguli senarai perkataan paling popular dalam dunia fesyen untuk dua tahun berturut-turut sebaliknya, bintang pop, Lady Gaga gagal menyerlah.
Agensi Pemantau Bahasa Global (GLM) yang mengesan perkataan dan frasa utama dalam media elektronik serta sosial memberitahu kata fesyen paling popular untuk tahun 2012 adalah Duchess Effect.
Senarai berkenaan dikeluarkan ketika Minggu Fesyen Mercedes di sini yang menampilkan pertunjukan peragaan dan parti selebriti membuka tirainya.
Adik Middleton, Pippa yang menjadi pengapit pada majlis perkahwinan Duchess of Cambridge di London pada tahun lalu, turut berada dalam senarai GLM.
Perkataan Pippa's Bum yang bermaksud "Punggung Pippa" berada di tempat kelima senarai berkenaan susulan punggungnya yang seksi menjadi tumpuan media.
Pengaruh Duchess of Cambridge dalam dunia fesyen amat besar. Duchess of Cambridge boleh 'menjual' sesuatu pakaian hanya dengan memakainya di tempat awam.
Sebelum ini, fesyen baju panas yang pernah dipakai beliau habis dijual dalam masa cuma 24 jam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: