Friday, February 10, 2012

Peluang kerjaya buat masyarakat India


SUBRAMANIAM (dua dari kiri) memegang risalah My Career Fair 2012 di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Sebanyak 2,500 peluang kerjaya ditawarkan dalam Karnival Jelajah My Career Fair 2012 anjuran Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India dan MIC bermula 11 Februari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sebanyak 30 buah syarikat akan menyertai karnival tersebut termasuk syarikat gergasi milik kerajaan dan swasta.

"Ini peluang terbaik kepada golongan muda masyarakat India khususnya mencari peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran kerja.

"Secara langsung memastikan masyarakat India tidak terpinggir dalam konteks ekonomi negara," katanya ketika majlis prapelancaran karnival tersebut di pejabatnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: