
KUANTAN - Negara masih memerlukan lebih ramai pelaut tempatan untuk bekerja di atas kira-kira 4,000 kapal milik syarikat dari Malaysia bagi mengelakkan kebergantungan kepada pelaut warga asing.
Ketua Pengarah Jabatan Laut, Datuk Kapten Ahmad Othman berkata, kekurangan pelaut tempatan itu mungkin disebabkan mereka kurang berminat untuk bekerja dalam bidang berkenaan.
"Buat masa ini, hanya 52 peratus sahaja pelaut tempatan yang berdaftar dalam industri maritim negara dan selebihnya iaitu kira-kira 30,000 pelaut adalah warga asing.
"Oleh itu, masalah ini perlu diatasi segera bagi mengelak kebergantungan kita kepada pelaut warga asing khususnya dari Indonesia dan Filipina," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Institusi Latihan Maritim di Pusat Pendidikan dan Latihan Maritim Malaysia (APMM) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: