JELI – Lebih 300 keluarga di Kampung Ayer Lanas dan Legeh dekat sini kini diancam bahaya sekiranya tangki Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di Blok Tanah Merah yang kini bocor teruk pecah bila-bila masa sahaja.
Tangki berkenaan memuatkan lebih 100,000 liter air bersih itu dikatakan sudah bocor sejak dua tahun lalu dan menunggu masa sahaja untuk pecah.
Pada masa ini, kesan daripada kebocoran itu seakan-akan ‘air terjun’ dan kanak-kanak yang tinggal di Kampung Ayer Lanas berhampiran sering mandi di bawahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: