Thursday, February 2, 2012

Motosikal besar peneman selebriti


BRAD PITT bersama motosikal Harley Davidson kesayangannya. Selain motosikal jenis Harley, dia juga memiliki motosikal jenis Ducati.


TIDAK hanya di Malaysia, hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi terlebih dulu sudah menjadi satu kegilaan bintang-bintang luar negara terutama di Hollywood.

Mendiang Elizabeth Taylor menyertai barisan pelakon kacak Hollywood seperti Brad Pitt, Tom Crusie, Ryan Reynolds dan George Clooney dalam kumpulan selebriti Hollywood yang banyak menghabiskan masa menunggang motosikal.

Mereka menyifatkan menunggang motosikal berkuasa besar memberi nikmat yang sukar untuk digambarkan.

Berikut adalah lima selebriti Hollywood yang memiliki motosikal berkuasa tinggi dan begitu obses dengan jentera ciptaan manusia tersebut.

Tom Cruise

Bintang Mission Impossible, Tom Crusie merupakan orang pertama di dunia yang membeli motosikal berkuasa tinggi Desmosedici RR, salah satu model terbaharu daripada Ducati. Motosikal berkuasa tinggi itu dijual pada harga lebih daripada AS$72,000 (RM220,139) dan terdiri daripada bahan seperti magnesium dan titanium. Dengan sistem gentian karbon, ia secara literal boleh bergerak dengan kelajuan 321 kilometer sejam.

Mendiang Elizabeth Taylor

Siapa sangka pelakon hebat, mendiang Elizabeth Taylor mempunyai hobi memiliki motosikal berkuasa tinggi? Ketika hayatnya ramai yang tidak tahu Elizabeth memiliki sebuah motosikal Harley Davidson jenis Purple Passion. Ia tidak dibeli sendiri oleh Elizabeth sebaliknya dihadiahkan oleh Malcolm Forbes, salah seorang daripada orang-orang terkaya di dunia yang juga merupakan pemilik majalah Forbes. Forbes sendiri memiliki lebih daripada 50 jenis motosikal Harley Davidson.

George Clooney

Sepanjang masa pelakon siri TV ER, George Clooney dilaporkan membelanjakan lebih daripada AS$30,000 (RM91,305) untuk mengubah suai motosikal kesayangannya, Harley Davidson. Malah, dia jarang memandu kereta kerana lebih suka menunggang motosikal dengan rakan-rakan perempuannya.

Ryan Reynolds


RYAN REYNOLDS bersama motosikal miliknya, Ducati Paul Smart 1000 yang mempunyai enjin berkuasa penyejuk udara.


Hero filem Green Lantern, Ryan Reynolds sering dilihat menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Paul Smart 1000. Motosikal besar yang dinamakan sempena legenda pelumba motosikal terkenal Paul Smart itu pernah ditunggang Paul dalam satu perlumbaan Imola tahun 1972. Motosikal berkuasa tinggi itu memiliki gaya retro. Ia menggunakan tayar jenis Pirelli Phantom dan berjalan dengan silinder L berkembar serta enjin berkuasa penyejuk udara.

Brad Pitt

Brad Pitt bukan sahaja mampu mendapatkan mana-mana wanita dalam hidupnya tetapi juga dia mampu membeli mana-mana jenis motosikal berkuasa tinggi yang disukainya. Selain motosikal Triump dan Harley Davidson, kekasih Angelina Jolie itu juga memiliki sebuah motosikal Ducati 1100 cc. Motosikal itu bukan sahaja dikenali dengan reka bentuk yang elegan tetapi juga mempunyai kuasa dan fleksibiliti yang mampu membuat pecutan pada kelajuan yang anda inginkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: