Tuesday, February 7, 2012

Masih ada peluang tuntut wang sagu hati RM3,000


KERATAN Kosmo! 8 Januari 2012.


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih membuka permohonan kepada bekas polis pada zaman darurat untuk mendapatkan wang sagu hati khas sekali bayar sebanyak RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga tahun lalu, sebanyak 72,000 orang bekas polis zaman darurat telah dikenal pasti dan layak menerima wang sagu hati berkenaan.

Menurut beliau, permohonan yang masih dalam proses penerimaan dan penapisan itu terdiri daripada golongan yang tidak dapat dikenal pasti akibat kekurangan bukti perkhidmatan.

"Apa yang menjadi masalah ialah pihak polis tidak memiliki rekod mereka dan caranya bagi mengemukakan bukti ialah dengan menunjukkan dokumen seperti kad perkhidmatan sewaktu menghantar borang.

"Harus diingatkan juga, hanya balu atau suami kepada anggota keselamatan berkenaan yang layak membuat permohonan dan bukan anak atau saudara mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Seramai 72,000 bekas polis darurat yang bertugas di antara 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak telah mula menerima sagu hati itu yang dibayar sejak bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: