Saturday, February 4, 2012

Manohara cetus lagi kontroversi


SATU daripada gambar Manohara yang sedang asyik menari di sebuah kelab malam di Jakarta, baru-baru ini.


TAKARTA – Bekas isteri kepada putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, Manohara Odelio Pinot sekali lagi mencetuskan kontroversi menerusi gambar-gambar partinya yang tersebar di Internet.

Baru-baru ini, penyebaran gambar-gambar terbaru Manohara menyaksikan pelakon itu sedang asyik menari di sebuah kelab malam bersama teman-temannya.

Dalam satu daripada foto tersebut, Manohara kelihatan memakai gaun hitam yang mendedahkan dadanya sedang menari.

Walaupun sering dinafikan pelakon terbabit, namun gambar-gambar tersebut kelihatan asli.

Aktiviti mengunjungi kelab malam tersebut turut disertai ibunya, Daisy Fajarina.

Pada pertengahan tahun lalu, gambar dua beranak tersebut sedang asyik menari dan diapit dua lelaki tersebar luas di Internet.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: