Friday, February 17, 2012

Lima Selebriti Popular Peragakan Gaun Rekaan Riffai

Lima selebriti wanita popular (dari kiri) Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla, Eja, Izara Aisyah dan Miera Leyana menggayakan gaun rekaan Riffai (tengah). Turut kelihatan pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin (berbaju hijau).

KUALA LUMPUR: Seramai lima selebriti popular dipilih bagi memperagakan busana rekaan Riffai sempena menjelang Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH2011) pada 8 April 2011.

Lima selebriti yang terdiri daripada Nur Fathia, Eja, Miera Liyana dan Tasha Shila. Mereka turut memperagakan set mutiara jenama Rafflesia selaku penaja utama anugerah tersebut.

Menurut jurucakapnya iaitu Bill Bora, set mutiara yang dihasilkan daripada mutiara asli White South Sea Pearls sesuai dengan gaun yang disarungkan oleh para selebriti berkenaan.

"Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi penantian detik ABPBH2011.

" Malah gaun merah rekaan Riffai ini ditunjukkan bagi memberi idea pada pereka dan para selebriti pemakaian bagaimana yang harus digayakan untuk acara besar itu," katanya pada majlis sempena permaidani merah ABPBH2011.

Tambah Bill, tahun ini genaplah 10 tahun Rafflesia menjadi penaja utama bagi anugerah berprestij tersebut.

"Sejak pertama kali menjadi penaja utama ABPBH, Rafflesia semakin dikenali ramai.

"Harap-harap kerjasama ini dapat berkekalan agar masing-masing dapat mencipta kejayaan tersendiri.

Selain lima selebriti popular, pengarah Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin dan suaminya, Sin Cheang Loong turut berada di majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: