PETALING JAYA: Hampir 50 artis dan selebriti tempatan akan berhimpun di Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini bagi menjayakan Karnival Jom Heboh anjuran TV3.
Stesen televisyen itu dalam satu kenyataannya berkata, ia merupakan karnival hebat sempena ulang tahun ke-10 acara tersebut yang diperkenalkan stesen televisyen berkenaan.
“Karnival Jom Heboh adalah satu landasan untuk orang ramai berinteraksi sesama sendiri dengan pelbagai acara termasuklah permainan yang diatur di setiap gerai. Lebih daripada itu, peminat berpeluang berjumpa dengan personaliti televisyen dan juga para artis,” kata kenyataan itu.
Acara di perkarangan pusat dagangan itu turut memberi peluang kepada penonton menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Studio Cereka, Wanita Inspirasiku, Bananana TV3, MyTV3 dan Kota Ilmu yang memuatkan segala maklumat, cenderamata keluaran terhad dan promosi program-program TV3.
Antara artis yang akan turun padang menerusi Karnival Jom Heboh Melaka itu nanti ialah Kamal Adli, Ika Nabila), Aiman Hakim Ridza, Nabila Daly, Iqram Dinzly, Tasha Shilla, Shahrizal Jaszle, Azza (Elite) dan Talha Harith serta beberpa personalioti TV3.
Lebih menarik ialah acara kemuncak yang akan diadakan pada Ahad iaitu Konsert Jom Heboh yang akan bermula pukul 9 malam di lokasi yang sama.
Ia akan menampilkan artis-artis popular seperti Alyah, Black, Akim, Awi Rafael, Hazama dan Shiha sementara Wahid (Senario) dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz) akan menjadi hos.
Mereka akan mengadakan persembahan yang turut memberi penghormatan sempena mengingati 20 tahun kematian Allahyarham Datuk Sudirman pada 22 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: