NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh pada 11 September 2001 akibat serangan pengganas telah membiarkan kos pembinaannya di luar kawalan.
Menurut juraudit pembinaan bangunan berkenaan kelmarin, kos pembinaan One World Trade Centre itu kini melambung dengan anggaran hampir AS$4 bilion (RM12 bilion) bagi tempoh empat tahun lepas.
Syarikat audit Navigant Consulting berkata, projek itu kini dianggarkan menelan kos sebanyak AS$14.8 bilion (RM44.4 bilion) iaitu 35 peratus lebih tinggi berbanding anggaran asal pada tahun 2008 hanya AS$11 bilion (RM33 bilion).
Pembinaan One World Trade Centre di sini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey bagi menggantikan WTC yang runtuh akibat dirempuh dua pesawat yang dirampas pengganas.
Sementara itu, pengarah baharu Pihak Berkuasa Pelabuhan, Patrick Foye berkata, agensi berkenaan sedang mengambil berat cadangan daripada firma audit tersebut dengan serius.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: