Tasha Shilla
ANTARA ramai bunga baru sedang mekar di taman seni, dia boleh dianggap paling menyerlah dan dikenali. Namun bukan disebabkan bakat lakonan namanya menjadi sebutan.
Bagi Tasha semua tuduhan itu memang keterlaluan. Lebih membuatkan terkilan mengapa semua kisah sensasi ini timbul selepas namanya tersenarai sebagai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). Ia seolah-olah seperti ada misi untuk menjatuhkan namanya.
Hip: Boleh jelaskan dakwaan kononnya Tasha bersama dengan VIP serta hidangan arak di atas meja?
Tasha: Saya akui pada malam itu memang ada bertemu dengan kawan-kawan dan memang ada botol arak di atas meja. Tetapi itu bukan milik saya. Perjumpaan pada malam itu diatur oleh teman saya yang mahu memperkenalkan dengan sebuah produksi dari Hollywood. Mereka mahu menawarkan saya berlakon. Disebabkan mereka bukan beragama Islam, sudah tentulah arak terhidang, itu milik mereka. Mereka yang pesan minuman itu. Takkanlah saya nak halang. Lagipun lokasi restoran tempat kami lepak itu terbuka. Jadi mana mungkin saya buat perkara tak senonoh di khalayak ramai. Berkenaan kononnya saya menjalinkan hubungan dengan seseorang berstatus VIP, itu semua tidak benar. Saya masih lagi single.
Hip: Tasha juga dituduh menari ghairah di sebuah kelab. Tak takut dilabel sebagai artis yang suka bersosial?
Tasha: Sebagai selebriti, saya sedar setiap langkah dan pergerakan kini menjadi perhatian ramai. Itu perkara lumrah dalam kehidupan artis. Cuma saya perasan, sejak nama saya tersenarai sebagai finalis ABPBH 2011, macam-macam cerita buruk disebarkan walaupun perkara itu tak betul. Macam ada pihak cuba nak sabotaj saya. Kenapa baru sekarang cerita bukan-bukan pasal saya ditimbulkan.
Hip: Tak bimbang dengan kontroversi seperti ini, peluang Tasha untuk menang dalam ABPBH 2011 tipis sebab orang akan meluat?
Tasha: Bagi mereka yang tak kenal saya secara dekat mungkin akan menyangkakan gosip itu betul. Setakat ini peminat dan penyokong saya masih setia. Kalau ada gosip pasal saya yang mereka terbaca, mereka akan menghubungi saya bertanyakan perkara sebenar. Tak adalah mereka percaya bulat-bulat apa yang mereka baca. Sama ada jejas atau tidak undian ABPBH2011, saya serahkan pada peminat menentukannya. Saya dimaklumkan, mereka memang aktif mengundi.
Hip: Reaksi keluarga apabila anaknya ini tak habis-habis dikaitkan dengan cerita yang boleh menjejaskan maruah mereka.
Tasha: Saya bersyukur kerana keluarga memahami situasi ini. Ibu banyak menasihatkan saya supaya kuat untuk menempuh dugaan ini. Dia faham saya bekerja keras untuk mencari rezeki, membantu keluarga dan dia sebagai ibu, hanya mendoakan yang baik-baik untuk saya. Begitu juga dengan ayah. Walaupun saya lebih rapat dengan ibu, dia tetap membela saya apabila ada di antara kawan-kawannya bertanyakan mengenai kesahihan gosip anaknya. Tapi tak dinafikan, ada ketika saya menangis juga apabila menghadapi segala tuduhan macam ini.
Hip: Adakah selepas ini jadi lebih berhati-hati kerana banyak mata yang memerhatikan gerak-geri anda Tasha?
Tasha: Ya saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Cuma saya tak akan jadi berpura-pura. Tak perlulah nak hadkan pergaulan saya hanya kerana bimbang akan menjadi buah mulut orang. Saya ada ramai kawan dan jika tak ada terbabit dengan penggambaran, saya menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Mereka kawan-kawan saya sebelum bergelar artis. Mereka banyak menyokong kerjaya seni saya. Takkanlah sebab takut kena gosip, saya menjauhkan diri dari mereka.
Ala..artis... nak mengaku ape klu ko minum arak sekali pun. kami x mau tau apa cite luorang la beb.. lu nak mabuk ke,kawin dengan vip ke.. ade aku kisah..
ReplyDelete