|
|
GEORGE TOWN - Polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga atau penjaja yang mengambil kesempatan menjual tanglung Kong Ming sempena sambutan capgome pada Isnin ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi berkemungkinan tanglung yang menggunakan api lilin atau minyak tanah ini dilepaskan.
Katanya, anggota polis akan ditugaskan meronda dengan lebih giat di beberapa kawasan sekitar pantai di sini seperti Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney.
"Sementara penguat kuasa MPPP pula akan mengambil tindakan serupa ke atas peniaga jika ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Tanglung Kong Ming buatan China kebiasaannya dijual secara tersorok pada harga di antara RM20 hingga RM30 berikutan tindakan kerajaan mengharamkan aktiviti tanglung berkenaan.
Tambah Kong Ming, sesiapa yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan lalai dengan sebarang api atau benda yang mudah terbakar dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: