Tuesday, February 14, 2012

Ibu bingung empat anak tiada status warganegara


KAMALA (kanan) menunjukkan sijil kelahiran Adithiyaa yang tidak mempunyai status warganegara di Bukit Mertajam baru-baru ini.


BUKIT MERTAJAM - Gara-gara berhadapan dengan masalah ketiadaan sijil lahir dan tidak mendaftarkan perkahwinan lapan tahun lalu, seorang wanita dari Taman Penanti di sini bimbang dengan masa depan empat anaknya kerana semua mereka kini tidak mempunyai status kewarganegaraan.

Ibu muda itu, A. Kamala, 30, mendakwa, masalah berpunca daripada keadaan dirinya yang tidak mempunyai sijil lahir kerana tidak didaftarkan kelahiran oleh ibunya sendiri.

Katanya, dia dilahirkan di Parit Buntar, Perak tetapi dipelihara neneknya di Mentakab, Pahang dan selepas itu berpisah terus daripada ibunya.

"Semasa berusia 16 tahun baru saya berusaha mencari ibu untuk menyelesaikan masalah sijil lahir itu kerana tidak tahu dia tinggal di mana, malangnya saya diberitahu dia sudah meninggal dunia pada September 2003 menerusi surat pengesahan kematian yang diberikan kepada saya.

"Sejak itu, saya berusaha untuk mendapatkan sijil kelahiran dengan mengumpulkan semua dokumen yang ada tetapi sehingga sekarang saya masih gagal," ceritanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: