TANJONG KARANG - Orang ramai yang melalui tali air di Kampung Bagan Pasir, di sini terkejut apabila menemui mayat seorang wanita yang terapung di situ, semalam.
Mayat wanita dijumpai dalam keadaan separuh reput, memakai kemeja-T dan hanya berseluar dalam kira-kira jam 12.10 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, mangsa dipercayai berusia lingkungan 25-35 tahun dan turut ditemui kesan gigitan haiwan liar pada anggota badannya.
“Mangsa dipercayai Melayu namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.
Setakat ini katanya, polis masih menunggu laporan penuh dari HTK dan bentuk siasatan akan dibuat bergantung kepada hasil bedah siasat semalam.
“Sesiapa kehilangan ahli keluarga diminta ke balai polis bagi bantu siasatan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: