|
|
KUALA LUMPUR – Seramai 900,000 daripada 4.3 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka menerima wang masing-masing sebanyak RM500 membabitkan nilai peruntukan keseluruhan sebanyak RM450 juta dalam tempoh dua minggu lagi.
Bagi pemohon yang membuat rayuan sebelum 10 Februari ini akibat masalah teknikal, bayaran akan dibuat sebelum 15 Mac depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, daripada 4.3 juta borang permohonan BR1M yang diterima setakat ini, sebanyak 3.4 juta permohonan diluluskan dengan proses pembayaran fasa pertama BR1M bermula pada 16 Januari lalu.
“Saya berharap orang ramai dapat bersabar sebab mereka yang layak tetap akan mendapat wang masing-masing.
“Apa yang perlu mereka lakukan ialah membuat permohonan serta mengisi borang dengan maklumat yang betul,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemberian BR1M diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu membabitkan pengagihan wang tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: