IPOH - Bekas polis serta ahli keluarga mereka dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan individu mahupun kumpulan yang menjual borang permohonan bagi mendapatkan sumbangan saguhati khas RM3,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penjualan borang tersebut oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan serta mengaut keuntungan dengan cara mudah.
“Kami tidak mengenakan sebarang bayaran ataupun caj perkhidmatan kepada pemohon untuk urusan berkenaan kerana borang yang disediakan boleh didapati secara percuma ataupun dicetak melalui laman sesawang yang disediakan.
“Bagaimanapun, jika pemohon berhadapan dengan situasi tersebut mereka diminta melaporkannya kepada polis,” katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan saguhati khas kepada 16 penerima kumpulan pertama di Perak di Dewan Rela, Pasir Pinji, semalam.
Ketua Bahagian MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong turut menyerahkan 81 borang permohonan kepada Chee Leong pada majlis itu.
Dalam perkembangan sama, Chee Leong meminta supaya bekas polis dan ahli keluarga mereka yang ingin memohon perlu menyediakan dokumen lengkap bagi melayakkan mereka untuk menerima sumbangan tersebut.
“Kebanyakan permohonan yang dihantar gagal diproses kerana pemohon tidak memberikan dokumen lengkap yang diperlukan.
“Pohon perlu mengemukakan beberapa dokumen penting antaranya termasuklah surat akuan sumpah, surat pengesahan polis atau bekas poli.
“Jika pemohon berjaya melengkapkan borang permohonan dan mempunyai dokumen lengkap, proses untuk meluluskan bantuan hanya mengambil masa kurang daripada seminggu,” katanya.
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 1,300 permohonan dan proses pembayaran akan dilaksanakan dengan kadar segera.
Sebelum ini, pada Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian sumbangan RM3,000 secara one off kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta duda atau balu mereka yang berkhidmat ketika zaman darurat.
Kira-kira 72,000 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat antara 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak layak untuk memohon wang saguhati ini.
Pembayaran ini akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout /Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).
Sementara itu, salah seorang penerima tertua, Hamid Ngah Mat Taib, 100, dari Parit berkata, sebahagian wang saguhati yang diterima akan digunakan untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam masa terdekat.
Beliau yang berkhidmat sebagai SC dari tahun 1948 hingga 1951 berasa gembira apabila masih ada pihak yang prihatin terhadap mereka yang pernah berjasa.
Friday, February 3, 2012
Borang percuma usah terpedaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: