Puluhan pemilik kenderaan ambil bahagian pamer kreativiti masing-masing
Pertandingan Auto Show 2012 anjuran Pasaraya KIP Mart Tampoi yang diadakan baru-baru ini telah berlangsung meriahnya dengan disertai puluhan pemilik kenderaan dari seluruh tanah air yang mempamerkan kereta masing-masing.
Pegawai Eksekutif Pengiklanan dan Promosi KIP Mart Tampoi, Mohd Faizol Masod berkata, program julung kali dianjurkan di KIP Mart Tampoi itu mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Kita juga mendapat penyertaan daripada peserta di luar Johor dan ini membuktikan pertandingan ini masih mendapat sambutan menggalakkan dan pastinya akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.
“Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja yang telah bekerjasama seterusnya memastikan kelancaran program,” katanya yang juga pengurus karnival.
Sementara itu, pemilik 9key Sdn Bhd, Akmal Ahmad yang juga penaja utama Auto Show 2012 berkata, program seperti ini harus diteruskan lagi pada masa hadapan.
“Ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat kereta ubah suai bertanding serta menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing, tetapi juga menyemai budaya yang sihat dalam kalangan golongan muda.
“Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama jika program ini dianjurkan lagi pada masa hadapan,” katanya.
Pertandingan yang berlangsung di pekarangan luar KIP Mart Tampoi itu turut mendapat kerjasama daripada Johor Autoshow Members, Sinar Harian yang merupakan akhbar rasmi selain Jabatan Belia Sukan Negeri Johor, Marrybrown dan Restoran Singgah Selalu Tampoi.
Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Proton Modified yang dimenangi oleh Ng Boon Lee dari Johor Bahru, kategori Perodua Modified dimenangi oleh Gulzar Ali Shah Yusof dari Melaka manakala James Daniel dari Kulai menjuarai kategori Open Modified.
Tuesday, February 14, 2012
Auto Show 2012 dapat sambutan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: