NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Anda percaya anda temui cinta sejati di Internet, malangnya, kini si dia memutuskan hubungan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mengetepikan anda daripada kenalan Facebooknya tanpa sebarang alasan.
Namun, menonton televisyen tidak dapat membantu anda manakala rakan-rakan pula tidak tahan lagi mendengar rintihan sedih anda.
Sebaiknya, anda lupakan sahaja cara lama untuk membantu mengubati jiwa luka anda pada Hari Kekasih yang bakal menjelang.
Anda boleh menggunakan aplikasi 'perpisahan digital' bagi melupakan kekasih dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara 'memalukan' yang anda mungkin kesal pada kemudian hari.
Terdapat satu aplikasi perpisahan digital berkenaan daripada 12 muat turun baharu dari kedai online Apple baru-baru ini.
Seorang wanita, Melissa McGlon berjaya melupakan kekasih yang dikenalinya selama tiga tahun dengan bantuan aplikasi itu, Ex-App.
Berusia 46 tahun dan berasal dari negeri Virginia, McGlon ditinggalkan selepas dia menerima SMS daripada kekasihnya yang menyatakan hubungan mereka sudah putus baru-baru ini.
Mereka berkenalan selepas 18 tahun wanita itu menjadi ibu tunggal kerana diceraikan suaminya.
Selepas lama berduka dan tiga kali memalukan diri dengan cuba menghubungi kekasihnya, dia mula menggunakan Ex-App yang bertindak menyekat panggilan ke nombor telefon lelaki berkenaan.
"Kini saya tidak lagi memalukan diri dengan cuba menghubunginya," kata McGlone.
Ex-App yang boleh didapatkan secara percuma, dilancarkan pada Mac tahun lalu dengan ia mencatat 3,000 muat turun dalam tempoh sembilan bulan pertama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: