GAYA MASA KINI...solekan bervoltan tinggi yang dipersembahkan barisan model ketika Minggu Fesyen New York.
WARNA dalam solekan adalah rantaian daripada cetusan fesyen. Kedua-duanya nyata seiring dalam melengkapi antara satu sama lain. Di pentas peragaan pereka dan mekap artis bersatu mengadunkan warna bukan saja pada padanan busana, tetapi solekan wajah.
Solekan mata dan rona bibir dua perkara yang menjadi penentu kepada kecantikan wanita. Mata dimainkan oleh rona pembayang yang ceria, maskara yang mampu mencetuskan kesan berbeza serta celak menambah keanggunan wanita.
Segala-galanya bermain dengan kuasa warna sama seperti calitan gincu yang pastinya merubah penampilan wanita supaya kekal ayu, bertambah anggun dan berani.
Dengan pelbagai warna dalam produk, jenama alat solek nombor satu dunia Maybelline New York tampil kreatif di pentas peragaan bersempena Minggu Fesyen New York yang diadakan di ruang legar MidValley Megamall dua minggu lalu.
Selaras dengan gaya terkini, corak dan warna menjelang 2012, Maybelline mempamerkan pelbagai gaya solekan bervoltan tinggi untuk peralihan kuasa kepada solekan lebih berani dan menonjol bersesuaian tema dari pentas peragaan kepada gaya kaki lima.
Sebagai pengemudi dalam kategori alat solek masa kini serta penaja rasmi kosmetik Minggu Fesyen New York enam musim yang lalu gaya solekan berani dan inovatif menjadi pencetus kepada solekan peragawati terkenal seperti Christy Turlington, Wasson Erin, Kemp Muhl, Julia Stegner, Shu-Pei, Lisalla Montenegro, Jessica White dan Emily Didonato yang mempamerkan jenama hebat ketika menggayakan pakaian berjenama mewah.
Menurut Pengurus Besar L’Oreal Bahagian Pengguna Jennifer Bay fesyen mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan wanita hari ini. Justeru solekan memainkan peranan penting bagi membuatkan wanita merasa lebih yakin, cantik dan anggun walau apa juga pakaian digayakan.
“Warna solekan mempunyai kuasa yang besar dalam perubahan gaya wanita. Solekan yang menyerlah dan sepadan akan membuatkan wanita bukan saja melangkah penuh yakin tetapi tampil menggoda,” katanya.
Tambah Pengurus Pemasaran Maybelline New York Malaysia Low Yee Lee, Minggu Fesyen New York bersama Maybelline yang diadakan di sini bagi memperkenalkan gaya solekan terkini kepada wanita menerusi pemilihan alat solek yang murah dan mudah sekali gus memperkasakan wanita supaya mereka lebih yakin, cantik dan seksi.
Mengambil inspirasi daripada gaya musim luruh dan sejuk dengan memberi tumpuan kepada imej glamor dan seksi penampilan peragawati di pentas peragaan menjadi lakaran kepada gaya solekan menjelang 2012.
Solekan mata
Memberi tumpuan pada solekan mata menggunakan rona merah jambu pada palet Studio Hyper Diamonds sebagai asas pembayang mata serta Studio Glow Diamond yang memberikan kuasa ceria dan galak.
Bagi mewujudkan kesan dramatik penggunaan maskara mampu memberikan kesan segar serta bulu mata lebih lentik dan panjang dengan kuasa Volum Express The Falsies.
Namun solekan belum sempurna tanpa celak Hyper Sharp Liner yang menyerlahkan lagi kuasa pandangan mata. Mewujudkan satu garis yang tepat di sekeliling mata dengan titik paling nipis (pada 0.05mm). Juga menjadi pelapik dramatik cecair untuk kemasan yang lebih tebal dan berani.
Bibir
Menjelang 2012 rona merah menjadi pilihan wanita yang inginkan gaya lebih berani dan menonjol. Cuba warna Moiture Extreme Color sensasi warna yang kaya dan menakjubkan.
Kening
Kening memainkan peranan penting dalam menentukan ciri-ciri solekan yang anda inginkan sama ada tampil lembut atau sebaliknya. Tampil menyerlah dengan biru lembut daripada Glow Studio Diamond Eye kemudian, tambahkan celak pada kening untuk lebih menonjol.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: