KUALA TERENGGANU- Tiga anggota polis merupakan antara lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, Marang, 28 November lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, seorang daripada anggota itu berusia 29 tahun dan bertugas di cawangan bengkel pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu manakala dua lagi bertugas di Pulapol Kuala Lumpur, masing-masing berusia 29 tahun dan 33 tahun.
Jamshah berkata, siasatan awal mendapati, pistol jenis ‘REVOLVER.38’ yang digunakan dalam kejadian itu merupakan senjata api yang dilaporkan hilang semasa penugasan pilihan raya kecil di Penanti pada 2009 lalu.
“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek yang bertugas di Pulapol Kuala Lumpur itu dipercayai telah meminjamkan senjata api berkenaan kepada suspek yang bertugas di IPD Hulu Terengganu ini,” katanya.
Beliau berkata sedemi-kian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 Kontinjen Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.
Jamshah berkata, dua lagi suspek ditahan ialah seorang tukang masak berusia 30 tahun beralamat di Kampung Tok Lam, Kuala Terengganu yang juga dipercayai pemilik motosikal yang digunakan dalam keja-dian itu dan seorang buruh berusia 26 tahun beralamat di Kampung Medan Jaya Rusila, Marang.
Katanya, hasil penahanan kelima-lima suspek dalam tempoh dua hari iaitu pada 29 November dan 30 November lalu dan polis turut merampas tiga butir peluru hidup dan 90 peratus daripada barang kemas yang disamun iaitu nilai keseluruhan RM35,000.
Katanya, motosikal digunakan suspek dalam kejadian itu pada awal siasatan mendapati dilaporkan hilang di Kampung Tok Lam, Kuala Terengganu adalah palsu.
“Pihak kami menemui motosikal bersama pakaian serta peralatan digunakan suspek di dalam sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Pak Bilis, Jalan Tambak Baru- Tanggol iaitu lebih kurang empat kilometer (KM) dari tempat kejadian pada jam 4 petang, hari kejadian.
“Semakan awal mendapati motosikal itu dilaporkan hilang tetapi setelah disoal siasat ke atas pemilik motosikal itu, dia mengaku membuat laporan palsu berkaitan kehilangan motosikal itu serta dalam masa sama mendedahkan pengliba-tannya dalam kejadian samun itu bersama seorang rakannya yang merupakan anggota polis daripada IPD Hulu Terengganu itu,” katanya.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: