|
|
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas ini hanya akan mengeluarkan visa kepada pelajar asing apabila mereka ditawarkan tempat pengajian di kolej atau universiti.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi kaedah itu, visa dikeluarkan selepas pelajar terbabit menerima tawaran kolej atau universiti di negara ini.
“Sebelum ini mereka menggunakan visa lawatan sosial dan baru cari universiti atau kolej untuk belajar.
“Tetapi selepas ini, kita akan perkenalkan one tier visa. Dia mesti dapat universiti dulu, baru visa ini keluar sebelum dia datang ke sini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, polisi itu bertujuan mengawal kemasukan warga asing yang mahu menyambung pelajaran di negara ini.
Katanya, isu berkaitan pelajar warga asing sentiasa diberi perhatian dan usaha menanganinya turut dilaksanakan melalui penubuhan unit khas pas pelajar dengan kerjasama kementerian itu dan Kementerian Pengajian Tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: