Wednesday, December 14, 2011

Someone Out Of Town single baru Yuna untuk pasaran antarabangsa?

Yuna

PASTI ramai peminat penyanyi popular, Yunalis Zarai atau Yuna (25 tahun) ternanti-nanti lagu yang dihasilkan bersama komposer-komposer di Amerika Syarikat dalam usahanya untuk mengembangkan sayap dipasaran antarabangsa.

Semalam (12 Disember 2011), satu muzik video berjudul Someone Out Of Town nyanyian Yuna telah dimuat naik di laman web mtvU.

Ramai yang tertanya-tanya adakah lagu Someone Out Of Town itu adalah single pertama yang akan diketengahkan oleh Yuna untuk menawan pendengar disana.

Lagu berdurasi tiga minit itu ternyata berbeza dengan lagu-lagu Yuna sebelum ini kerana ia lebih segar dan unik.

Selain itu, Yuna bakal mencipta sejarah dengan muncul dalam konsert secara maya (online) buat pertama kali di Malaysia esok (14 Disember 2011) bermula pukul 8 malam yang dibawakan khas oleh talian pra-bayar, Hotlink.

Konsert yang boleh ditonton percuma itu hanya terbuka kepada 10,000 pelanggan Hotlink terawal yang mendaftar di laman www.nowyoucan.my/yuna. Setakat ini, hampir 9,000 pelanggan Hotlink telah mendaftar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: