Tuesday, December 27, 2011

Sleeq Kagum Berduet Dengan Ramlah Ram

Sleeq dianggotai oleh Syarif (kiri) dan Alif.

PETALING JAYA: Kumpulan Sleeq dari Singapura yang dianggotai oleh Alif Abdullah, 22, dan Ahmad Syarifullah Ahmad, 22, tidak percaya apabila di undang berduet dengan penyanyi Ramlah Ram menerusi lagu Sesaat Kau Datang.

Mereka menyifatkan gabungan dengan penyanyi terkenal dari negara ini sebagai suatu kelainan dan unik.

“Sebab itu kami tidak mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran ini. Selepas dihubungi, dalam beberapa minit selepas itu terus kami memberikan persetujuan.

“Alhamdulillah, akhirnya projek ini menjadi,” kata Sleeq semasa sidang media Sesaat Kau Datang di samping Ramlah Ram di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertama kali muncul dengan single Cun Saja, Sleeq tidak teragak-agak untuk kembali bekerjasama dengan Ramlah sekiranya berpeluang lagi selepas ini.

Selain itu, sekiranya ada kesempatan lain, mereka juga teringin untuk berduet dengan penyanyi Najwa Latiff dan Malique.

Sleeq sudah tiga tahun bernaung di bawah syarikat produksi milik pelakon Aaron Aziz di Singapura. Bagaimanapun, mereka tidak berputus asa untuk memasuki pasaran negara ini.

Alif dan Syarif mempunyai hubungan saudara dan sedang mengikuti program Khidmat Negara di Singapura sehingga Mei tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: