Thursday, December 22, 2011

Siri putih Samsung Note


SPESIFIKASI
SAMSUNG GALAXY NOTE
Harga: RM2,299
Sistem operasi:Android 2.3 (Gingerbread).
Kamera: 8 megapiksel dan 2 megapiksel.
Dimensi: 14.685 x8.295 x 0.965 sentimeter.Paparan skrin: 13.46 sentimeter.
Berat: 178 gram.


TATKALA menunggu kemeriahan Hari Natal yang menjelang tiba, pasti ramai akan terbayang keputihan salji yang amat sinonim dengan perayaan berkenaan.

Bahkan, tradisi memberi hadiah sempena perayaan yang jatuh pada bulan Disember itu sentiasa dinanti dengan penuh sabar terutamanya kanak-kanak.

Dalam memberi senyuman kepada penggemar peranti berteknologi tinggi, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung menampilkan peranti terbaharu Samsung Galaxy Note dengan siri warna putih.

Gajet kegilaan ramai itu merupakan telefon pintar pertama menggunakan teknologi Super AMOLED berdefinisi tinggi memberikan pengimejan lebih jelas dan berkualiti tinggi sekali gus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna.


PENGGUNAAN pen stylus membolehkan suntingan gambar yang


Dengan paparan skrin sentuh berukuran mencecah sehingga 13.46 sentimeter (sm), pengendalian peranti terbaharu ini akan lebih mudah dan lancar. Ia juga disertakan dengan sebatang pen stylus untuk memberi kepuasan optimum.

Walaupun, Samsung Galaxy Note kelihatan agak besar berbanding telefon pintar yang berada di pasaran, sehingga membuatkan orang tertanya sama ada tablet ataupun telefon pintar, ia masih mudah dikendalikan.

Mereka yang gemar melayari Internet turut akan merasai kelainan apabila penggunaan bar tatal (scroll) pada tetingkap paparan skrin amat minimum sekali.

Model terbaharu yang mempunyai kerangka nipis dengan padanan warna putih menyerlahkan lagi keanggunan peranti janaan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread itu.


KEMASAN reka bentuk nipis dan elegan.


Dalam pada itu, pengenalan teknologi S Pen dengan pelbagai aplikasi menarik seperti S Memo, S Planner dan S Choice memberikan pengalaman menarik kepada pengguna.

Untuk memberikan rakaman berkualiti tinggi, ia juga dilengkapi kamera beresolusi 8 megapiksel dengan flash LED.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: