SENAI – Empat warga tempatan termasuk tiga wanita ditahan Jabatan Imigresen negeri menerusi Ops Serkap yang dipercayai menjadi dalang pemalsuan slip pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), di sini, kelmarin.
Ketua Penguatkuasa Imigresen, Mohd Nakhafi Hasan berkata, dalam serbuan di sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Putri, Kulaijaya kira-kira jam 8 malam itu, kesemua suspek yang berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditahan ketika sedang menjalankan urusan pengeluaran slip pendaftaran.
Turut ditahan, 31 warga asing berusia lingkungan 21 hingga 46 tahun iaitu 19 individu dari Indonesia; Bangladesh (5), Nepal (4), Pakistan (2); Kemboja (2), Filipina (1) dan
Myanmar (1) sedang menunggu giliran bagi mendapatkan slip terbabit.
"Hasil maklumat yang diperoleh, kita menjalankan serbuan di premis terbabit dan hasilnya, kita merampas sebuah komputer riba, mesin pencetak dan mesin pengimbas cap jari yang digunakan untuk menghasilkan slip terbabit serta sebuah bas ekspres.
"Kita dapati sindiket ini menggunakan modus operandi yang licik termasuk menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pendatang asing ke sebuah lokasi rahsia sebelum membawa mereka ke premis terbabit,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Nakhafi berkata, sindiket tersebut dipercayai mencetak semula surat pendaftaran itu dan mendakwa ia dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan menyatakan pendaftaran program berkenaan dilanjutkan hingga ke satu tempoh yang baru, sedangkan ia telah tamat 31 Ogos lalu.
Beliau berkata, sejak menjalankan operasi sejak dua minggu lalu, sindiket berkenaan dipercayai meraih pendapatan sekitar RM20,000 sehari dengan mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM800 bagi setiap urusan.
"Kesemua yang ditahan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen manakala 31 warga asing terbabit akan dihantar Semua warga asing berkenaan ditahan dihantar ke Depoh Imigresen Pekan Nanas (DIPN) bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/53 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan (Atip Som).
"Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini termasuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dalang sebenar sindiket terbabit kerana ini adalah satu kesalahan besar dengan memalsukan dokumen kerajaan," katanya.
Difahamkan, pemalsuan slip pendaftaran 6P bukan sahaja berjaya memperdaya warga asing dengan mengaut keuntungan berganda antara RM500 hingga RM1,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: